Saturday, July 14, 2012

PUSPAKOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah penulis cuba mencuri sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.Kali ini kami bincangkan mengenai PUSPAKOM.Dengar sahaja PUSPAKOM mungkin ada yang sudah 'goyang'..hehehe.Sebenarnya proses di PUSPAKOM adalah proses yang amat mudah jika kita menepati segala piawaian yang ditetapkan.






KENAPA DAN BILA ANDA PERLU MENJALANI UJIAN PUSPAKOM ?

1. TUKAR HAK MILIK

(a ) Beli secara tunai

Sekiranya anda menjual atau membeli kenderaan secara tunai anda dikehendaki menjalani ujian B5 ( Tukar
hak milik ) .Ujian ini lebih mudah dan cepat.Pastikan semua lampu,signal,tayar,nombor enjin dan casis dalam keadaan baik.Sekiranya ok anda pasti LULUS ! Pastikan penapis filem ( tinted ) sisi 50% atau kurang dan depan/belakang 30% atau kurang.

(b) Beli secara pinjaman / buat pinjaman di bank

Anda dikehendaki menjalani 2 jenis ujian iaitu B5 ( Tukar milik ) dan B7 ( Hire Purchase Inspection ).Cara pengujian B5 sama seperti di atas.Manakala ujian B7 pula kenderaan anda akan menjalani ujian brek,gelincir sisi dan timbang.


2. CUKAI JALAN TAMAT LEBIH 1 TAHUN

Anda dikehendaki menjalani ujian pemeriksaan khas ( B2 ).Kaedah pemeriksaan sama dengan B5

3. TUKAR ENJIN

LOKASI PUSAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM SEKITAR LEMBAH KLANG


Website puspakom : www.puspakom.gov.my

PUSPAKOM Wangsa Maju, Kuala Lumpur
PUSPAKOM (HPI) Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur
PUSPAKOM Cheras, Kuala Lumpur
PUSPAKOM Glenmarie, Selangor
PUSPAKOM Bangi, Selangor
PUSPAKOM Banting, Selangor
PUSPAKOM (HPI) Batu Caves, Selangor
PUSPAKOM (HPI) Jalan Tandang, Petaling Jaya, Selangor
PUSPAKOM Padang Jawa, Selangor
PUSPAKOM (HPI) Pandan Mewah, Selangor
PUSPAKOM Shah Alam, Selangor
PUSPAKOM Sungai Besar, Selangor

Penerangan serba ringkas ini diharap dapat membantu anda tentang standart dan kaedah sekiranya anda ingin ke puspakom.Sekiranya anda memerlukan khidmat kami bolehlah menghubungi kami di talian 012 - 3973042 atau layari www.mutiaraikhlas.com.my untuk maklumat lanjut.


TERIMA KASIH dan jumpa lagi !


No comments:

Post a Comment